AM > BERITA

PM Anwar Berduka, Rakam Takziah Kepada Keluarga Aktivis Gerakan Islam Mesir Youssef Nada

22/12/2024 05:29 PM

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga aktivis gerakan Islam Mesir Youssef Nada yang meninggal dunia hari ini.

“Sedih tatkala sahabat keluarga, aktivis gerakan Islam berasal Mesir serta juga pengusaha terkenal Youssef Nada telah kembali menyahut seruan Ilahi.

“Bagi pihak keluarga, kami berduka dan mendoakan agar rohnya diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Nada, 93, merupakan ahli perniagaan dan bapa kewangan Islam serta pengasas Al Taqwa Islamic Bank. Beliau terkenal kerana kejayaan kes perundangan hak asasi manusia di Eropah untuk mempertahankan dirinya daripada tuduhan keganasan oleh Amerika Syarikat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan