AM > BERITA

Bomba Kanowit Bantu Hantar Calon SPM Ke Sekolah

15/01/2025 10:48 AM

SIBU,15 Jan (Bernama) -- Bimbang anak terlepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ibu bapa dari Rh Joseph, Rantau Kemiding, Kanowit memohon bantuan bomba untuk menghantar calon peperiksaan itu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kanowit, Sarawak.

Ini berikutan jalan utama dari rumah panjang ke sekolah terputus kerana ditenggelami banjir awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan daripada ibu bapa terbabit pada 6.40 pagi. 

“Dua anggota pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda bergerak ke lokasi.

“Terdapat dua orang awam yang terkandas ketika mahu ke pejabat turut dibantu. Pasukan bomba menghantar mangsa ke sekolah dan pejabat masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan