AM > BERITA

Sistem MySIKAP JPJ Alami Gangguan, Operasi Kaunter Sehingga 7 Malam Ini

22/01/2025 06:16 PM

PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Perkhidmatan Sistem MySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengalami gangguan hari ini, mengakibatkan semua urus niaga perkhidmatan kaunter JPJ tergendala di seluruh negara.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli dalam satu kenyataan berkata bahawa semua perkhidmatan kaunter di semua negeri akan dilanjutkan sehingga 7 malam ini.

“Pihak JPJ telah melaksanakan tindakan serta-merta dan penambahbaikan sistem untuk kembali pulih dalam kadar segera,” katanya.

Beliau berkata JPJ memohon maaf atas gangguan perkhidmatan sistem berkenaan dan segala kesulitan amat dikesali.

-- BERNAMA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan