AM > BERITA

KPT Bantu, Pantau Pelajar Malaysia Terlibat Kemalangan Di Port Said, Mesir

28/01/2025 02:32 PM

PUTRAJAYA, 28 Jan (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Pejabat Education Malaysia Mesir (EMM) sedang membantu dan memantau perkembangan terkini lapan pelajar yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari Kaherah ke Port Said, Mesir pada 25 Jan lepas. 

KPT menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan  lima orang pelajar dilaporkan mengalami luka ringan dan dirawat di wad pesakit luar, Hospital Sayed Galal, Kaherah manakala tiga pelajar ditempatkan di wad kecemasan untuk rawatan lanjut.

“KPT juga sentiasa mengikuti secara rapat perkembangan situasi ini melalui Kementerian Luar Negeri (KLN),” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, KPT meminta pelajar mengemas kini butiran diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi bagi tujuan capaian maklumat data yang tepat dan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Jabatan Pendidikan Tinggi mempunyai sistem pembangunan data yang telah disediakan melalui inisiatif pembangunan sistem MyData@EducationMalaysia4U. 

Sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan Education Malaysia Mesir di alamat :

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK),

26, Sabil Alkhazender St, From Abdou Basha

Square, Abbasiah, Cairo, Arab Republic of Egypt

No. Telefon : +00 202 2487 3858

E-mel : em.mesir@mohe.gov.my

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan