AM > BERITA

Fahmi Harap Radio Terus Jadi Ejen Penyatuan, Pupuk Perpaduan Masyarakat

13/02/2025 12:46 PM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap medium radio akan terus menjadi ejen penyatuan tanpa mengira latar belakang, dan bukan menjadi pemisah masyarakat.

Sempena Hari Radio Sedunia hari ini, Fahmi berkata radio berperanan sebagai saluran yang menyebarkan ilmu, serta memupuk perpaduan dalam kalangan setiap lapisan masyarakat.

“Sejak sekian lamanya, radio menjadi medium yang amat penting untuk menyampaikan maklumat, hiburan dan pendidikan kepada rakyat.

“Terima kasih kepada semua petugas radio, baik di hadapan mahupun di belakang tabir, yang sentiasa berusaha dan memberikan komitmen luar biasa. Selamat Hari Radio!” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Hari Radio Sedunia disambut pada 13 Feb setiap tahun, dengan 2025 menjadi tahun ke-15 sambutan itu diraikan sejak tarikh berkenaan diumumkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Hari Radio Sedunia pada 2011.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan