Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 23 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan pertemuan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan Jamshid Kucharov dan Menteri Tenaga Jurabek Mirzamakhmudov, pada Isnin.
Pertemuan itu diadakan ketika rangka lawatan kerja rasmi beliau di republik ini.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air serta delegasi diiringi Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, Duta Besar Malaysia di Uzbekistan Ilham Tuah Illias dan Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Mareena Mahpudz.
Dalam pertemuan selama 30 minit dengan Kucharov, yang juga Menteri Ekonomi dan Kewangan Uzbekistan, kedua-dua pemimpin itu berbincang mengenai potensi kerjasama dalam beberapa sektor berpotensi tinggi seperti tenaga, pelancongan dan pendidikan.
Fadillah juga bertemu dengan Mirzamakhmudov di Kementerian Tenaga Uzbekistan.
Di samping topik untuk usaha meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan sistem grid pintar, mereka turut menyatakan hasrat untuk memperkukuh pertukaran kepakaran dan latihan teknikal.
Fadillah bersama delegasi Malaysia berada di Uzbekistan sehingga 24 Jun, 2025 sebelum meneruskan lawatan kerja ke Rusia sehingga 28 Jun ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial