Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Sultan Selangor Berkenan Lawat Tapak, Galeri Pelukis Tersohor Yusof Ghani

28/06/2025 01:46 PM

SHAH ALAM, 28 Jun (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat melawat Galeri TAPAK, milik pelukis dan pengkarya seni tersohor Yusof Ghani di Seksyen 8 di sini.

Baginda meluangkan masa hampir 40 minit melihat hasil karya pelukis kelahiran Johor itu yang telah dipamerkan dalam pelbagai pameran seni tempatan dan antarabangsa.

Antara lukisan popular Yusof yang dipamerkan di galeri yang dibuka sejak 2009 dan menarik perhatian baginda adalah Segerak, Biring, Wajah dan Ombak.

Sultan Sharafuddin yang juga penggemar karya seni lukis turut berkenan melancarkan buku mengandungi karya terbaharu Yusof iaitu ‘Cenderawasih Energy and Emotion’ yang dihasilkan pada 2022.

Baginda turut berkenan menyaksikan Yusof melakukan demonstrasi melukis karya terbaharunya itu yang diinspirasikan daripada burung Cenderawasih.

Yusof merupakan pelukis tersohor negara yang memulakan kariernya pada awal 1980-an.

Hasil lukisan beliau pernah dipamerkan dalam pelbagai pameran seni antarabangsa termasuk di Singapura, Indonesia, Thailand, Jepun, United Kingdom, Jerman, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Kanada.

Selain Segerak, Biring, Wajah dan Ombak, lukisan popular beliau yang lain seperti Tari, Protest, Topeng, Wayang serta Hijau.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan