KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Shukri Ishak sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita, berkuat kuasa esok.
Mohd Shukri, 53, akan menggantikan Nasriah Darus yang bersara wajib hari ini.
Mohd Shukri sebelum ini menyandang jawatan Editor Eksekutif menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa.
Mohd Shukri yang berasal dari Kedah telah berkhidmat di Bernama sejak 1 Mei 1996, bermula sebagai eksekutif editorial.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau pernah bertugas sebagai Ketua Biro Bernama Pahang dan Pewarta Luar Indonesia, selain pernah menjawat jawatan Editor Eksekutif Meja Digital Media dan Ketua Penyiaran (TV dan Radio) Bernama.
Mohd Shukri juga merupakan Setiausaha Agung Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI), Penolong Setiausaha Persatuan Wartawan Malaysia, Timbalan Presiden Kelab Kakitangan Bernama (KKB) dan menganggotai Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bernama (Wakil Pengurusan).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial