Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

MPPK Tidak Akan Terlibat Himpunan 'Turun Anwar' Sabtu Ini

23/07/2025 01:25 AM

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menegaskan pendirian untuk tidak terbabit secara rasmi dalam sebarang perhimpunan berunsur partisan, termasuk Himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini di ibu negara.

Dalam satu kenyataan malam ini, MPPK memaklumkan bahawa pendirian itu diambil bagi mengekalkan peranan sebagai platform rasmi yang mewakili pelbagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seluruh negara secara bebas dan neutral.

“MPPK mengiktiraf kepelbagaian pandangan dalam kalangan mahasiswa termasuk dalam isu berkaitan kepimpinan dan dasar semasa negara.

“Langkah ini penting bagi memastikan MPPK kekal sebagai badan bebas, neutral dan terbuka kepada semua suara mahasiswa, tanpa menyebelahi mana-mana ideologi politik,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPP USM) turut senada apabila memaklumkan bahawa mereka tidak akan menyertai sebarang himpunan bersifat partisan, termasuk Himpunan ‘Turun Anwar’.

Menurut kenyataan MPP USM, universiti berkenaan kini sedang berada dalam tempoh peperiksaan akhir semester dan menyeru semua pelajar agar memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaan yang sedang berlangsung.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan