Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

MCMC Perluas Penggunaan Aplikasi Nexus Di UMS - Fahmi

24/07/2025 04:43 PM

KOTA KINABALU, 24 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperluas aplikasi MCMC Nexus di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu mahasiwa membuat ujian kelajuan Internet, fungsi serta kualiti rangkaian.

Menteri  Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi kedua-dua peranti iOS dan Android seterusnya digunakan bagi mengenal pasti masalah kebolehcapaian Internet serta mutu liputan data.

Fahmi berkata Kementerian Komunikasi juga memanfaatkan dasar perkongsian rangkaian bagi memudahkan kerjasama antara syarikat telekomunikasi bagi menyelesaikan isu berkaitan capaian Internet dan telefon.

“Kita akan lihat pada data termasuk daripada MCMC Nexus untuk membantu (menyediakan) Internet yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Fahmi meninjau liputan Wi-fi UMS hasil daripada pemasangan 1,010 titik akses di universiti itu.

Beliau berkata penuntut UMS kini boleh menikmati Wi-fi kampus dengan kelajuan boleh mencecah antara 200 hingga 300 Mbps.

Justeru, Fahmi berharap pemasangan titik akses itu akan dapat membantu semua penuntut UMS menggunakan Internet lebih pantas dan meluas di kampus masing-masing secara selamat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan