Sabtu, 30 Mei 2020
23/05/2020 05:54 PM

JAKARTA, 23 Mei --  Jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 21,745 kes dengan jumlah kematian seramai 1,351 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 24 jam lalu, tambahan sebanyak 949 kes positif baharu direkodkan dengan 25 kematian akibat virus itu.

"Ketika ini seramai 11,495 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media harian mengenai COVID-19 yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 501 kes, diikuti Jawa Timur (271 kes), Jawa Barat (127) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA

 


 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan