AM

PERSIDANGAN ULAMA SEDUNIA DIJADUALKAN PADA 7 DAN 8 MEI - FAHMI

17/04/2024 06:34 PM

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Muslim World League dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan Persidangan Ulama Sedunia di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil  berkata perkara itu diluluskan oleh Jemaah Menteri selepas menerima memorandum daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

“Kerajaan memberikan sokongan kepada penganjuran persidangan itu dengan harapan ia akan berupaya untuk mengumpulkan sejumlah ulama bagi membincangkan perkara-perkara terkini termasuk tentang sikap extremisme yang berlaku dalam dunia Islam hari ini,” katanya kepada media hari ini.

Persidangan Ulama Sedunia kali ini merupakan kali kedua dianjurkan selepas kali pertama diadakan pada Julai 2022 di Subang Jaya, Selangor yang melibatkan 20 negara, dengan menekankan konsep kesatuan, keadilan dan keharmonian antara pemimpin Islam dan masyarakat serta membawa mesej penyatuan ummah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan