AM > BERITA

NAHAS HELIKOPTER: PULAU PINANG SEDIA BANTU KELUARGA MUHAMMAD FIRDAUS

24/04/2024 11:18 PM

GEORGE TOWN, 24 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang mengusahakan bantuan kepada keluarga Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak semalam.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow bagaimanapun tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak esok.

“Ada (bantuan)… tunggu esok,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Makan Malam Silaturahim sempena Sambutan Aidilfitri 2024 anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) di sini malam ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Presiden PEMENANG Tan Sri Dr Mohd Yussof Latif

Muhammad Firdaus, 44, Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM, merupakan anak jati Pulau Pinang.

Beliau meninggalkan balu, Soffiyah Sa'adon, 42, dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Terdahulu, jenazah Muhammad Firdaus selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini selepas disolat dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja Ipoh, Perak pada kira-kira 6 petang.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan