AM > BERITA

JKNM TERIMA SATU KES KERACUNAN KUPANG

11/06/2024 11:32 AM

MELAKA, 11 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) hari ini menerima satu kes keracunan makanan dipercayai selepas memakan kupang.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata kes melibatkan lelaki berusia 34 dan dimasukkan ke Hospital Alor Gajah pada 8 Jun lepas. 

"Memang ada satu kes berkaitan keracunan kupang dilaporkan di Hospital Alor Gajah tapi belum dapat dipastikan dan masih dalam siasatan Jabatan Perikanan. Pesakit dimasukkan ke wad sejak Sabtu lepas dan sudah sihat serta akan dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Wan Muhamad Aznan Abdullah pada Khamis lepas memaklumkan analisis sampel air dan kupang di perairan Port Dickson didapati masih dicemari biotoksin berbahaya dan tidak dibenarkan untuk dimakan. 

Analisis terbaharu berkenaan mendapati bacaan toksin semakin rendah dan menghampiri kadar piawaian standard yang ditetapkan iaitu 800 per bilion (ppb) namun larangan terhadap pengusaha kupang atau kerang untuk menjual hidupan dwicengkerang dari Port Dickson itu masih terpakai.  

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan