AM > BERITA

PROJEK PUSAT DATA TEKNOLOGI HIJAU LPPSA TINGKAT KECEKAPAN OPERASI

11/06/2024 08:04 PM

PUTRAJAYA, 11 Jun (Bernama) -- Projek Pusat Data Teknologi Hijau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) membantu meningkatkan kecekapan operasi pusat data, kata Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Farid Nawawi.

Beliau berkata penggunaan teknologi hijau yang terkini memastikan pusat data LPPSA sentiasa di barisan hadapan dalam inovasi teknologi serta melambangkan komitmen lembaga itu terhadap kelestarian dan pemeliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang.

“Menerusi projek ini, LPPSA bergerak maju dengan penggunaan teknologi hijau bagi memperkukuh daya saing di samping memberi manfaat yang signifikan kepada kewangan dan reputasi organisasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Projek itu langkah penting ke arah pembangunan mampan pemeliharaan alam sekitar, menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan komuniti sekitar, meningkatkan kecekapan operasi dalam sektor perkhidmatan awam sekali gus memberi kesedaran kepada organisasi lain.

Beliau berkata projek itu dirasmikan hari ini oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menjadi  pendekatan komprehensif LPPSA dalam menguruskan pusat data secara mesra alam dan cekap tenaga.

Mohd Farid berkata projek itu juga mampu mengurangkan penggunaan kuasa bagi menyokong pemeliharaan alam sekitar dan mengoptimumkan kos organisasi melalui teknologi terkini.

Projek itu bertujuan menaik taraf pusat data LPPSA yang beroperasi sejak 2007.

Antara kebaikan Pusat Data Teknologi Hijau ini termasuk mengurangkan penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kabel data di pusat data, menjimatkan ruang serta mengurangkan penggunaan tenaga.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan