AM > BERITA

DBKK MAHU PERKASA KERJASAMA DENGAN BANDAR RAYA CHANGSHA

12/06/2024 08:22 PM

KOTA KINABALU, 12 Jun (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menzahirkan komitmen untuk memperkasa kerjasama dengan Bandar Raya Changsha di China melalui cadangan perlaksanaan Friendship City.

Mayor DBKK Datuk Seri Sabin Samitah berkata perkara itu dibincangkan dengan deligasi dari Bandar Raya Changsa yang membuat kunjungan hormat kepada beliau diketuai Changsha Municipal People’s Government Deputy Secretary-General Lu Xingying, semalam.

Sabin berkata cadangan kerjasama dua hala itu telah dipersetujui kerajaan negeri dan melibatkan pelbagai inisiatif termasuklah pembangunan ekonomi, pembangunan bandar raya mampan dan pengurusan iklim.

“KIta juga berharap dapat melaksanakan kerjasama dalam pembangunan industri pelancongan, warisan budaya, perkongsian bidang kepakaran dan tadbir urus,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, delegasi DBKK sebelum ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada  Timbalan Datuk Bandar Changsha Municipal People’s Government Gao Wengqi pada 12 Mei tahun lepas sebagai praperbincangan kepada cadangan menjalinkan Friendship City.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan