AM > BERITA

SMCV LANCAR KEMPEN 'SHAPING THE FUTURE OF SURGERY', PERKENAL PEMBEDAHAN ROBOTIK

14/06/2024 01:50 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) melancarkan kempen Shaping the Future of Surgery sebagai usaha mendidik orang ramai tentang cara teknologi penjagaan kesihatan dipertingkatkan yang boleh memberi manfaat kepada kesejahteraan mereka pada jangka masa panjang.

Dengan kemajuan dalam teknologi perubatan kini, proses pembedahan kini telah beralih daripada secara tradisional kepada pembedahan invasif yang minimum dengan menghasilkan kesan pemulihan lebih lancar untuk pesakit.

Inovasi ini telah melengkapkan pakar bedah dengan kemahiran baharu seperti kemahiran menggunakan mesin pembedahan canggih, pendekatan lebih baik untuk perancangan pembedahan dan keupayaan melakukan prosedur kompleks dengan hirisan minimum.

Inovasi terkini ialah pembedahan dibantu robotik, iaitu pakar bedah dibantu oleh robot canggih untuk melakukan operasi dengan ketepatan yang tiada tandingannya.

SMCV dalam kenyataan memaklumkan kempen dengan slogan Sooner than Expected mempamerkan realiti dan kemungkinan hasil daripada pembedahan dibantu robotik dan bagaimana pesakit boleh menyambung semula aktiviti harian mereka dalam tempoh lebih singkat.

Perunding Urologi SMCV Datuk Dr Selvalingam Sothilingam berkata terdapat kebimbangan mengenai prosedur invasif dan ketakutan itu bukan tidak berasas kerana banyak ketidakpastian sentiasa datang bersama dengan sebarang prosedur.

Bagaimanapun dengan gabungan teknologi dan kemahiran yang betul, pesakit akan dapat kembali kepada rutin harian mereka secepat mungkin. Itulah sebabnya kami adakan kempen ini untuk menangani kebimbangan mereka dan memberi jaminan serta ketenangan fikiran,” katanya.

Beliau berkata pembedahan dibantu robotik terdiri daripada pelbagai pergerakan lebih besar yang membolehkan pakar bedah melakukan hirisan dengan lebih tepat sekali gus meminimumkan parut.

“Ini membawa kepada tempoh kemasukan ke hospital lebih pendek, seterusnya membantu dengan pengalaman pemulihan yang dipertingkatkan.

“Dengan pembedahan dibantu robotik dan penggunaan da Vinci Xi and Mako SmartRobotics™️ Surgical Systems, terdapat juga pengurangan risiko komplikasi perubatan akibat pembedahan seperti jangkitan dan kehilangan darah,” katanya.

Pelancaran kempen ini bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang evolusi pembedahan melalui kejayaan menyerlahkan kemajuan ketara dalam bidang pembedahan dan pengalaman simulasi realiti maya (VR).

Ia bagi menangani kebimbangan pesakit mengenai pembedahan dan memberi mereka gambaran tentang apa yang menanti mereka, memastikan fikiran tenang sebelum memulakan rawatan dan perjalanan pemulihan mereka.

Pengarah Urusan Hospital dan Operasi Penjagaan Kesihatan Sunway Healthcare Group Dr Khoo Chow Huat berkata selaras dengan kemajuan teknologi penjagaan kesihatan, kemunculan pembedahan robotik telah mengubah prosedur pembedahan, menawarkan hasil lebih baik untuk pakar bedah dan pesakit.

“Kemajuan ini membolehkan kami melayani keperluan masyarakat dengan lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Selama 25 tahun lepas, Sunway Healthcare Group telah berada di barisan hadapan dalam penjagaan kesihatan di Malaysia, berusaha ke arah meningkatkan kehidupan mereka yang memberi kepercayaan kepada kumpulan itu untuk menjaga pesakit, rawatan dan hasil klinikal berkualiti tinggi.

Pengalaman VR Shaping the Future of Surgery dibuka kepada orang ramai sehingga 30 Jun, memberi peluang kepada orang ramai meneroka dan terlibat dalam pengalaman inovatif ini.

Melalui inisiatif ini, SMCV berharap dapat mengurangkan kebimbangan pesakit terhadap prosedur pembedahan dan menggalakkan mereka mencari laluan paling sesuai dengan bimbingan daripada penyedia penjagaan kesihatan yang dipercayai.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Shaping the Future of Surgery dan pengalaman VR, boleh menghubungi +6019 320 2291 or e-mel kepada smcv-enquiry@sunway.com.my (Facebook: Sunway Medical Centre Velocity).

KKLIU Approval Number: 1772/ EXP 31.12.2026

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan