AM > BERITA

PESAWAT MALAYSIA AIRLINES DARI HYDERABAD BERPATAH BALIK SUSULAN MASALAH ENJIN

20/06/2024 07:25 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengesahkan bahawa pesawat MH199 dari Hyderabad, India, ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Hyderabad berikutan satu daripada enjinnya menghadapi masalah.

Ia berkata pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada 3.21 pagi waktu tempatan, dengan semua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat.

 “Penumpang yang terkandas akan dipindahkan ke penerbangan lain bagi meneruskan perjalanan mereka. Pesawat itu kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut," kata MAB dalam satu kenyataan kepada media India dan menambah bahawa keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines.

Terdahulu, media India melaporkan bahawa sebuah penerbangan Malaysia Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Hyderabad selepas enjin pesawat itu mengalami masalah teknikal.

Pesawat itu dilaporkan membawa 138 penumpang menuju ke Kuala Lumpur.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan