AM > BERITA

LAZADA JADI RAKAN KONGSI E-DAGANG ASIA TENGGARA PERTAMA UEFA EURO 2024

24/06/2024 07:33 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Lazada, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara mengumumkan perkongsian rasminya dengan UEFA EURO 2024™, yang menjadikannya rakan kongsi e-dagang Asia Tenggara pertama bagi kejohanan bola sepak yang paling dinanti-nantikan, yang berlangsung di Jerman.

Lazada dalam kenyataan memaklumkan perkongsian eksklusif berkenaan merupakan sebahagian daripada perjanjian sedia ada yang dimiliki platform e-dagang B2C AliExpress bersama UEFA EURO 2024™.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian, Lazada menjemput peminat bola sepak dan pengguna dalam talian untuk menikmati diskaun dan tawaran luar biasa yang ditawarkan semasa All-Star Champions Sale dari 1 hingga 3 Julai ini.

“Bermula dari 1 hingga 3 Julai, pengguna dalam talian di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam boleh membeli-belah sempena jualan istimewa merentas semua kategori.

“Sama ada anda seorang fanatik bola sepak atau peminat sukan kasual yang mencari barangan keperluan musim panas, Lazada menawarkan sesuatu untuk setiap orang pada harga yang terbaik,” menurut kenyataan itu.

Untuk menambah kelainan yang lebih menyeronokkan menerusi kempen itu, Lazada juga akan mengeluarkan baju tidur jersi (pijama) edisi terhad, yang boleh dimenangi pada pertandingan interaktif menerusi media sosial di samping pelbagai hadiah yang menarik.

“Dengan hanya 500 helai tersedia, baju tidur edisi terhad ini menampilkan kolar bulat sukan premium serta lengan dan seluar yang selesa supaya peminat dapat menikmati keseronokan perlawanan dengan penuh gaya.

“Baju tidur jersi Lazada itu juga disediakan untuk peminat bola sepak dan haiwan peliharaan kesayangan mereka supaya semua di rumah boleh sama-sama membarakan lagi kehangatan UEFA EURO 2024,” menurut kenyataan itu.

Lazada memaklumkan sambil meraikan keterujaan perlawanan di atas padang, pengikut media sosial Lazada Malaysia juga boleh menantikan penampilan khas bekas pemain bola sepak dan penyerang Malaysia, “Super Safee” Sali, dengan beliau akan melatih kucing bermain bola sepak menerusi TikTok Lazada Malaysia.

Selain itu, peminat juga boleh berkongsikan video tersendiri melatih kucing peliharaan mereka menggunakan tanda pagar #LazadaAjarKucing, dengan penyertaan terbaik berpeluang memenangi baju tidur jersi edisi terhad itu.

Pengikut Lazada Malaysia menerusi Instagram dan X juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti media sosial untuk memenangi jersi eksklusif itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang All-Star Champions Sale, layari aplikasi Lazada atau www.lazada.com.my.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan