AM > BERITA

JENDELA: PERTIMBANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG KONTRAKTOR GAGAL SIAP MENARA TELEKOMUNIKASI - TEO

16/07/2024 04:46 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan pertimbang mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak kontraktor yang gagal menyiapkan menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). 

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata ini susulan prestasi kontraktor antaranya bagi projek pembinaan menara di Sabah yang kurang memuaskan.

“Beberapa tindakan yang kita pertimbangkan termasuk liquidated damages, mengambil performance bond, penolakan tuntutan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. 

Secara keseluruhan sejumlah 294 menara telekomunikasi telah siap dibina di Sabah berbanding 651 menara telekomunikasi baharu yang dirancang setakat ini, 

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan tambahan Riduan Rubin (Bebas-Tenom) berhubung tindakan terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan pembinaan menara telekomunikasi itu.

Selain itu, Teo berkata sejumlah 17 daripada 28 menara telekomunikasi baharu yang dirancang di bawah JENDELA siap dibina di Parlimen Tenom dan sejumlah 68 menara siap dinaik taraf.  

Sebanyak 2,450 premis daripada 3,723 yang dirancang tersedia dengan capaian gentian optik dengan baki projek dijangka siap secara berperingkat pada suku keempat 2025.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan