AM > BERITA

KEPUTUSAN STPM 2023 DIUMUM 23 JULAI - MPM

19/07/2024 10:04 AM

PUTRAJAYA, 19 Julai (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan (23 Julai).

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai 11.30 pagi pada hari tersebut.

“Keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2023 dengan menaip STPM/No.Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.

"Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 23 Julai sehingga 12 tengah hari pada 30 Julai," menurut kenyataan itu.

Seramai 41,548 calon telah menduduki peperiksaan itu di 657 pusat peperiksaan di seluruh negara, melibatkan 16,387 petugas sepanjang peperiksaan berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan