AM > BERITA

APMM PULAU PINANG LUPUSKAN 21 VESEL NELAYAN ASING

19/07/2024 02:49 PM

GEORGE TOWN, 19 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang melupuskan sebanyak 21 vesel nelayan asing di Perkarangan Limbongan Batu Maung, dekat sini semalam.

Pengarah berkenaan Kapten Maritim Razali Kasim berkata kesemua vesel yang dimusnahkan itu ditahan oleh APMM Pulau Pinang sejak 2022 membabitkan nilai keseluruhan RM45,000.

"Bot atau vesel yang ditahan itu membabitkan sebuah bot yang ditahan pada 2022, 19 bot pada tahun lepas, manakala sebuah lagi ditahan pada awal tahun ini.

"Pihak APMM Pulau Pinang dalam mengendalikan kes itu telah menggunakan dua kaedah pelupusan iaitu kaedah musnah pecah dan kaedah tenggelam untuk dijadikan tukun di dasar laut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua vesel yang dirampas itu telah dilucut hak terlebih dahulu sebelum dilupuskan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan