AM > BERITA

LABUAN SAMBUT HARI KEBANGSAAN SECARA SEDERHANA

19/07/2024 06:38 PM

LABUAN, 19 Julai (Bernama) -- Penganjuran sambutan Hari Kebangsaan di Labuan bakal berlangsung secara sederhana tahun ini, namun masih mengekalkan beberapa program utama, kata Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan.

Acara sambutan itu akan bermula di Kompleks Taman Kewangan dan perasmiannya bakal disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa.

Antara program utama ialah Konvoi Merdeka atau Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang melibatkan hampir 50 kenderaan.

“Konvoi itu akan dilepaskan oleh Dr. Zaliha,” katanya kepada Bernama hari ini selepas mesyuarat jawatankuasa persiapan sambutan merdeka di Wisma Perbadanan Labuan hari ini.

Program lain termasuk pameran agensi kerajaan, pertandingan deklamasi puisi kemerdekaan dan pertandingan pakaian beragam.

Azman berkata agensi kerajaan dan firma swasta digalakkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang di premis mereka sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada Ogos.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan