AM > BERITA

JANGAN BIARKAN POLITIK KEBENCIAN TERUS MENEBAL SEHINGGA BERITA PALSU, FITNAH JADI PANDUAN - FAHMI

21/07/2024 11:36 PM

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta rakyat Malaysia untuk tidak membiarkan politik kebencian terus menebal, sehingga berita palsu dan fitnah dijadikan panduan.

Beliau berkata ini berikutan berita palsu dan fitnah itu berbahaya, sehingga boleh merosakkan imej negara, meruntuhkan keharmonian dan perpaduan yang sudah sekian lama terjalin, serta memberi ancaman kepada kemerdekaan negara.

“Menginjak usia 67 tahun kemerdekaan negara, perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang, sewajarnya semakin utuh.

“Kita telah pun memasuki fasa sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia. Justeru, ketepikanlah segala perbezaan dan hayati erti sebenar kemerdekaan yang membawa kepada penyatuan seluruh warganegara,” katanya di laman X hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyempurnakan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya, petang tadi.

“Terima kasih juga kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) atas kesudian menjadi tuan rumah dan mengalu-alukan sambutan ini diadakan di negeri Selangor Darul Ehsan.

“Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka!,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan