AM > BERITA

GM KLANG ANJUR KEMPEN PWP TERPALING BERBALOI 67 SEMPENA MERDEKA, HARI MALAYSIA

23/07/2024 06:30 PM

SHAH ALAM, 23 Julai (Bernama) -- Pusat borong terbesar di Malaysia, GM Klang akan menganjurkan kempen ‘Purchase with Purchase’ (PWP) Terpaling Berbaloi 67!’ bermula 1 Ogos hingga 30 Sept ini, bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 dan Hari Malaysia tahun ini.

Menerusi kempen itu, produk-produk terpilih ditawarkan dengan harga runtuh iaitu RM6.70 sahaja dari kedai yang menyertai kempen dengan pembelian di mana-mana kedai dalam Pusat Borong GM Klang.

Pengurus Kanan Komunikasi Jenama GM Klang Norsuhaida Othman berkata pihaknya amat teruja untuk melancarkan kempen PWP itu sebagai bentuk penghargaan kepada pengunjung pusat borong terkenal itu.

"Kempen ini bukan sekadar menawarkan promosi eksklusif kepada para pengunjung, tetapi juga direka khas untuk menarik lebih ramai pengunjung ke GM Klang pada hari bekerja.

“Dengan harga runtuh RM6.70 yang dipilih khusus untuk memperingati ulang tahun kemerdekaan ke-67 Malaysia, kami berharap kempen ini dapat memberikan pengalaman berbelanja yang terbaik buat para pengunjung setia Pusat Borong GM Klang.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Norsuhaida berkata kempen itu bakal menampilkan lebih 40 jenis produk PWP yang berlainan sepanjang tempoh dua bulan dari kedai-kedai yang menyertai seperti alat urutan elektronik, set tumbler berserta cawan, set bekas rempah dan pelbagai lagi barangan.

Beliau berkata untuk menikmati tawaran istimewa itu, pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM100 dalam satu resit di mana-mana kedai di dalam GM Klang dan memastikan aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang telah dimuat turun sebelum membuat pembelian di Kaunter Khidmat Pelanggan.

Katanya aplikasi itu membolehkan pengguna melihat senarai produk PWP setiap minggu, memudahkan proses penebusan tawaran dan mendapatkan maklumat terkini tentang kempen terbaharu di GM Klang.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ‘Purchase with Purchase’ (PWP) Terpaling Berbaloi 67!’ boleh didapati melalui laman sesawang: gmklang.com atau media sosial rasmi GM Klang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan