AM > BERITA

ISU JENAYAH DALAM TALIAN: KJAAN PASTIKAN MEDIA SOSIAL LEBIH SELAMAT DIGUNAKAN - FAHMI

24/07/2024 11:13 AM

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Isu jenayah dalam talian sangat membimbangkan dan trend ini menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam siber termasuk media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dalam catatan terbaru di Facebooknya, beliau berkata pagi ini pihaknya mendengar taklimat berhubung isu itu daripada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta seorang timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

“Insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk memastikan internet termasuk media sosial lebih selamat untuk semua,” katanya.

Fahmi sebelum ini berkata terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan