AM > BERITA

Kementerian Perpaduan Negara Sedia Beri Kerjasama - Saraswathy

25/07/2024 10:28 AM

TANJUNG MALIM, 25 Julai (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya dirujuk bagi membantu, andainya terdapat keperluan untuk menggubal akta khusus berhubung isu kaum, agama dan raja (3R) di negara ini.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy berkata pihaknya terbuka bagi berkongsi segala maklumat atau data melibatkan isu-isu yang boleh mengganggu gugat keharmonian kaum.

“Kita sedia beri pandangan dan ulasan khususnya mengenai maklumat-maklumat atau data-data berhubung isu 3R ini jika diminta,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Korpus 2024 (ICRC 2024) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, malam tadi. 

Pada 4 Mei lepas Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mujibu Abd Muis mencadangkan individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan itu amat serius dan boleh menggugat keharmonian serta perpaduan rakyat.

Sementara itu Saraswathy berkata lazimnya isu 3R ini kerap ditimbulkan dan menjadi topik perbualan rakyat  pelbagai lapisan apabila tiba musim pilihan raya.

“Sentimen 3R ini sifatnya bermusim, namun melalui rekod yang kita ada, apabila tiba pilihan raya ia akan meningkat sedikit dan selepas tamat (pilihan raya) kembali menurun,” katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan