AM > BERITA

SPRM NAFI KELUAR SURAT TAWARAN TENDER KATERING

25/07/2024 08:49 PM

PUTRAJAYA, 25 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan telah mengeluarkan surat pemberitahuan penerimaan tender katering kepada sebuah syarikat yang berdaftar di Kedah.

Menurut kenyataan agensi antirasuah negara itu, ia mengesan satu surat tawaran palsu berhubung penerimaan tender pembekalan makanan bernilai RM150,000 yang kononnya dikeluarkan oleh SPRM Kedah bertarikh 23 Julai 2024.

“Usaha sedang dijalankan untuk mengesan pihak yang mengeluarkan surat palsu tersebut dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu, SPRM menasihati orang ramai supaya menghubungi pejabatnya bagi mengesahkan surat tawaran yang kononnya dikeluarkan oleh suruhanjaya berkenaan jika timbul sebarang keraguan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan