AM > BERITA

PM Sampai Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Di Tambun

28/07/2024 11:54 PM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan segera sebanyak RM5,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam kebakaran lapan buah rumah di Kampung Manjoi, Tambun, Perak hari ini.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim.

“Saya difahamkan hasil laporan awal pihak bomba mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas.

"Sumbangan segera sebanyak RM5,000 telah disalurkan saudara Kamil bagi pihak saya kepada setiap keluarga yang terlibat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Perdana Menteri turut mendoakan agar urusan mangsa kebakaran dipermudah dan mereka diberi ketabahan dalam mendepani ujian itu. 

Menurut beberapa hantaran di laman Facebook, kebakaran yang berlaku sekitar 5.40 petang tadi memusnahkan lapan rumah dengan enam daripadanya berpenghuni. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan