AM > BERITA

IMDEC 2024 Disember Ini Akan Disertai 34 Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Dari Pelbagai Negara

01/08/2024 04:57 PM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC 2024) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada bulan Disember ini dijangka menghimpunkan 34 pihak berkuasa peranti perubatan nasional dari seluruh dunia.

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dalam kenyataan hari ini berkata acara yang mendapat sokongan Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB) itu akan berlangsung dari 12 hingga 14 Dis 2024, bersama dengan mesyuarat Global Harmonization Working Party (GHWP) ke-28.

MDA berkata IMDEC 2024 akan menjadi acara penting dalam kalendar teknologi perubatan, menarik penyertaan kira-kira 600 delegasi antarabangsa, 10,000 pembeli dan pelawat perdagangan.

Acara itu juga akan menampilkan lebih 200 pempamer dari 16 negara termasuk Australia, China, India, Jepun, Korea, Perancis, Jerman, Singapura dan Amerika Syarikat.

“MDA bekerjasama dengan persatuan industri utama seperti Persatuan Peranti Perubatan Malaysia (MMDA), Persatuan Pengilang Peranti Perubatan Malaysia (PERANTIM), Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI) dan Persatuan Industri Pergigian Malaysia (MDIA) bagi memastikan IMDEC 2024 menjadi acara ‘mesti hadir’ untuk profesional dalam industri teknologi perubatan,” katanya.

Sementara itu Ketua Eksekutif MDA Dr Muralitharan Paramasua berkata IMDEC 2024 menawarkan platform unik untuk rangkaian kerja, pertukaran ilmu pengetahuan dan mempamerkan inovasi terkini dalam peranti perubatan.

"Kami teruja untuk mengumpulkan kumpulan pemegang kepentingan yang pelbagai dan berpengaruh dalam ekosistem peranti perubatan," katanya. 

Untuk mendaftar, dan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara IMDEC 2024, sila layari https://imdecmy24.mda.gov.my/ dan menjadi sebahagian daripada usaha membentuk masa depan teknologi perubatan di Asia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan