AM > BERITA

Permohonan Ubahsyarat, Pembaharuan Permit Melalui i-SPKP Mulai 19 Ogos - APAD

01/08/2024 06:05 PM

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Semua permohonan ubah syarat dan pembaharuan permit perlu dibuat melalui sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (i-SPKP) berkuat kuasa 19 Ogos ini, kata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Dalam satu kenyataan hari ini APAD memberitahu pihaknya akan menghentikan sementara urusan permohonan berkenaan di semua kaunter bermula 10 hingga 18 Ogos ini bagi urusan peralihan permohonan ke sistem i-SPKP.

“Susulan pembukaan modul pembaharuan dan modul ubah syarat di dalam sistem i-SPKP, terdapat keperluan untuk menyelaras peralihan data dari sistem lama kepada sistem baharu,” menurut kenyataan itu. 

APAD berkata mana-mana pelanggan yang mempunyai urusan segera melibatkan permohonan ubah syarat dan pembaharuan, perlu membuat perancangan permohonan sebelum 9 Ogos ini.

Agensi itu turut memaklumkan lain-lain permohonan sedia ada melalui sistem i-SPKP termasuk permohonan baharu dan melesenkan kenderaan, berjalan seperti biasa.

Sementara itu APAD menasihatkan mana-mana pemain industri yang belum membuat pendaftaran syarikat di sistem i-SPKP agar segera berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang kesulitan permohonan di masa hadapan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi i-SPKP di https://portal.ispkp.gov.my/. 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan