AM > BERITA

Keputusan Rayuan Ke Universiti Awam Diumum 6 Ogos

02/08/2024 03:29 PM

PUTRAJAYA, 2 Ogos (Bernama) -- Keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke universiti awam (UA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh disemak bermula Selasa depan (6 Ogos) hingga 15 Ogos. 

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata keputusan boleh disemak melalui portal UA dan Aplikasi UPUPocket bermula 12 tengah hari dan tempoh setuju terima adalah bermula 7 hingga 15 Ogos.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berusaha untuk pastikan bahawa yang terbaik dapat tempat. Ini adalah selaras arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu jangan ada pelajar cemerlang tercicir dalam konteks kemasukan ke universiti,” katanya.

Beliau berkata KPT menerima sebanyak 27,407 permohonan rayuan dengan jumlah unjuran tempat adalah sebanyak 9,459.

“Bilangan program dibuka untuk rayuan adalah 246 program dengan 13 program temu duga. Harap yang ditemu duga tampil diri sebaik mungkin untuk dapat perhatian panel penemuduga,” katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata calon yang tidak berjaya dalam proses rayuan, boleh memohon kemasukan ke universiti swasta atau melanjutkan pelajaran bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET).

“Jangan anggap TVET sebagai pilihan kedua kerana TVET ada kebolehpasaran yang tinggi,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan