AM > BERITA

PCMM Bantu Industri Pelancongan Menerusi Siri Jelajah Program Camper Rally

02/08/2024 11:35 PM

MACHANG, 2 Ogos (Bernama) -- Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia (syaiful@Z2) membantu industri pelancongan negara dengan memperkenalkan tapak perkhemahan menarik menerusi siri jelajah Program Camper Rally.

Presiden PCMM Farman Othman berkata program itu merupakan inisiatif lebih 100 ahlinya dengan melakukan aktiviti berkhemah bersama keluarga menggunakan campervan atau van perkhemahan.

"Kita akan perkenalkan tapak-tapak perkhemahan yang menarik kepada peminat-peminat campervan di Malaysia atau luar negara.

"Sebelum ini kita telah mengadakan program ini di Selangor, Pahang, Kelantan dan siri jelajah ini akan diteruskan ke negeri-negeri lain," katanya kepada Bernama selepas program perasmian Camper Rally Kelate 2024 di Dataran Kemahkotaan di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Ketua Jajahan Machang Mohd Zamri Ibrahim.

Farman berkata sebanyak 80 peserta terlibat pada program di Kelantan yang memilih tapak perkhemahan Jeram Mengaji, Pasir Puteh sebagai lokasi perkhemahan selama tiga hari dua malam.

"Selain memberi peluang kepada ahli kami untuk melancong ke negeri lain di Semenanjung bersama keluarga mereka, ia juga membantu mempromosikan industri pelancongan negara,” katanya.

Beliau berkata campervan di Malaysia mendapat tempat dalam dalam kalangan peminatnya untuk melakukan aktiviti perkhemahan kerana selesa dan boleh bergerak ke mana-mana.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan