AM > BERITA

Program CSR YPM bantu pelajar B40, asnaf dan Orang Asli di Kelantan

02/08/2024 10:11 PM

KOTA BHARU, 2 Ogos (Bernama) --  Sebanyak 2,314 pelajar bumiputera di Kelantan termasuk dari Gua Musang menerima bantuan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan peruntukan berjumlah RM275,675 hingga Julai lepas. 

Pengerusi YPM Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata sebanyak RM18,900 turut diperuntukkan kepada Program Semai Kasih Komuniti Orang Asli yang dilaksanakan ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulat di Gua Musang, melibatkan 46 pelajar Orang Asli.

“Bantuan berkenaan merupakan sebahagian daripada program tanggung jawab korporat sosial (CSR) dan usaha YPM bagi membantu pelajar daripada golongan B40 serta asnaf termasuk komuniti Orang Asli mendapat pendidikan yang berkualiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui agensi di bawahnya seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan YPM serius dalam memberi penekanan terhadap pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Beliau berkata peranan agensi berkenaan akan terus dilibatkan bagi meningkatkan akses pendidikan kepada masyarakat secara berterusan.

Sementara itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan sebanyak 120 pelajar Orang Asli SK Tohoi di Gua Musang hari ini menerima bantuan tunai RM100 seorang dengan peruntukan keseluruhan RM12,000. 

--BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan