AM > BERITA

Mesyuarat Khas Tentukan Tarikh PRK DUN Mahkota 13 Ogos - SPR

04/08/2024 06:42 PM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada 13 Ogos ini, untuk membincangkan pelaksanaan PRK DUN berkenaan.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata ini susulan SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai kekosongan luar jangka kerusi DUN Mahkota berikutan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lepas.

“Berdasarkan Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, Bahagian Kedua, Fasal (5) Perkara 23, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari SPR menerima pemakluman telah berlakunya kekosongan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin turut memaklumkan satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota Sharifah Azizah, 63, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang pada Jumaat lepas.

Bekas Ketua Wanita UMNO Johor itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HEBHK pada Rabu lepas kerana mengalami sesak nafas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan