AM > BERITA

Delegasi The Star Melawat Wisma Bernama

06/08/2024 03:44 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 14 petugas The Star Media Group Berhad diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Chan Seng Fatt mengadakan lawatan ke ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini hari ini. 

Turut hadir Ketua Pegawai Kandungan Datin Paduka Esther Ng Sek Yee dan Editor Pengurusan Brian Martin.

Ketibaan mereka pada 10.30 disambut oleh Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.

Pada lawatan berkenaan, satu perbincangan diadakan berkaitan perkhidmatan berita bersama Wong yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Nasriah Darus serta pegawai-pegawai kanan Bernama. 

Delegasi The Star kemudiannya dibawa melawat Jabatan Pengarang, Bernama TV,  bahagian Digital Media dan Bernama Radio serta diberikan taklimat berhubung operasi Bernama secara keseluruhannya. 

Bernama yang berperanan sebagai sumber berita nasional beroperasi sejak 20 Mei 1968 dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi itu boleh diikuti di pelbagai platform media sosial termasuk Facebook, TikTok, X, Instagram dan YouTube.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan