AM > BERITA

114 pengamal media peroleh manfaat daripada Tabung Kasih@HAWANA - Fahmi

06/08/2024 06:28 PM

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Seramai 114 petugas media yang berdepan masalah dan  memerlukan bantuan telah menerima manfaat sumbangan Tabung Kasih@HAWANA setakat 30 Julai lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), selaku pihak yang bertanggungjawab menguruskan tabung itu, telah diminta bekerjasama dengan kelab media di seluruh negara bagi mendapatkan maklumat berhubung pengamal media yang perlu dibantu.

"Saya juga telah minta pihak Bernama supaya berbincang dan mendapatkan maklumat daripada gabungan kelab-kelab media di Malaysia untuk kita bantu lebih ramai rakan media yang memerlukan bantuan," katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin.

Fahmi berkata kerajaan juga komited dalam hal menjaga kebajikan pengamal media termasuk petugas sambilan iaitu stringers dan yang berstatus piecemeal.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi melalui Bernama telah memulakan inisiatif yang akan memberikan manfaat kepada 493 pengamal media sambilan di seluruh negara menerusi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk mendapatkan perkhidmatan dan perlindungan.

Pada 27 Mei lepas, semasa Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi akan menampung caruman Perkeso untuk pemberita sambilan yang berdaftar dengan pelbagai organisasi media di seluruh negara.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan