AM > BERITA

Harga Diesel Di Semenanjung Diturunkan Kepada RM3.30 Seliter Bermula Esok, Petrol Kekal

07/08/2024 07:14 PM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Harga runcit bagi diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak lima sen kepada RM3.30 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter bermula esok hingga 14 Ogos ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung Malaysia pada RM3.30 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.

Turut dikekalkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 iaitu masing-masing pada paras RM3.47 dan RM2.05 seliter.

MOF berkata kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan