AM > BERITA

Peruntukan Lebih RM8 Juta Bagi Pembangunan Tanah Terbiar Di Kelantan Tahun Ini

07/08/2024 08:17 PM

PASIR MAS, 7 Ogos (Bernama) -- Peruntukan kira-kira RM8.2 juta diluluskan bagi 11 projek pembangunan tanah terbiar untuk tujuan sektor pertanian di Kelantan pada tahun ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata projek itu adalah kerjasama antara kerajaan negeri bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. 

Beliau berkata berdasarkan rekod dari 2006 hingga 2023, seluas 3,332.92 hektar tanah terbiar dibangun dan diusahakan dengan peruntukan keseluruhan lebih RM26 juta di negeri itu.

Mohd Nassuruddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Tani Kelantan 2024 di Dataran Bandar Baharu Pasir Mas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata petani di Kelantan boleh mempelajari serta mengambil ilmu serta teknologi pertanian dari Thailand dan bukan semata-mata mengimport produk pertanian dari negara jiran berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan