AM > BERITA

Kanak-kanak dua tahun meninggal dunia terjatuh di rumah pengasuh

07/08/2024 10:44 PM

IPOH, 7 Ogos (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia semalam akibat kecederaan pada kepala dipercayai selepas terjatuh di rumah pengasuhnya.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa kanak-kanak itu kira-kira 7.20 malam Isnin lepas selepas mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terjatuh di lantai di rumah pengasuhnya di sini.

"Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pediatrik kira-kira 11.10 malam semalam.

"Bedah siasat yang dijalankan pagi tadi mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada kepala akibat trauma tumpul," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pengasuh yang merupakan wanita berusia 30 tahun telah ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Polis juga katanya akan merekodkan keterangan daripada saksi yang terlibat untuk melengkapkan siasatan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan