AM > BERITA

PM Anwar Sambut Hari Lahir Ke-77 Hari Ini

10/08/2024 12:38 PM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-77 hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini memuat naik serangkap pantun dan ucapan hari lahir kepada Anwar.

“77 angka keramat,

Iltizam membara seiring usia,

Moga teguh memikul amanat,

Allah berkati hidup bahagia.

“Selamat ulang tahun kelahiran buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” demikian menurut hantaran itu.

PMO turut memuat naik video berdurasi 2 minit 49 saat yang merangkumkan ucapan selamat hari lahir daripada kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta jemaah menteri.

Tinjauan di ruangan komen mendapati pengguna media sosial turut menyampaikan ucapan hari lahir dan mendoakan agar Perdana Menteri ke-10 itu diberkati dan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan