AM > BERITA

Raja Permaisuri Agong Terima Menghadap Pengerusi Kebangsaan BSMM

10/08/2024 07:09 PM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Tengku Temenggong Kedah Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim, merangkap Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) di Istana Negara, hari ini. 

Acara menghadap itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. 

Menurut hantaran itu, pertemuan itu turut dihadiri Setiausaha Agung BSMM Hakim Hamzah, Governing Board BSMM Syamil Fahim Mohammed Fahim dan Pegawai Komunikasi persatuan itu Mohammad Khairul Abd Wahab. 

Sementara itu, dalam hantaran berasingan di laman Facebook sama, Raja Zarith Sofiah turut berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir pada sesi menghadap yang berlangsung di Istana Negara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Prof Dr Azlinda Azman.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan