AM > BERITA

MAIPk Peruntuk Lebih 500 Ribu Kepada 438 Pelajar Asnaf

10/08/2024 04:26 PM

IPOH, 10 Ogos (Bernama) -- Sebanyak RM520,500 diperuntukkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada 438 pelajar asnaf tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Syamsul Hazeman Md Salleh berkata 383 pelajar asnaf diberikan bantuan menerusi Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal dengan jumlah peruntukan RM383,000.

Beliau berkata 55 pelajar asnaf yang memperoleh lebih 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima bantuan komputer riba dengan nilai keseluruhan berjumlah RM137,500.

"Komputer riba itu diberikan kepada pelajar supaya mereka mendapat akses kepada alat pembelajaran yang moden dan berkualiti sepanjang proses pengajian di institusi pengajian tinggi.

"Kriteria penerima memang ada dalam rekod kerana keluarga (penerima) itu turut menerima bantuan yang lain (dari MAIPk) jadi dalam siasatan maklumat mereka ada juga anak-anak yang sedang belajar," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah dan Motivasi Kecemerlangan pelajar biasiswa MAIPk di sini hari ini.

Syamsul Hazeman berkata pihaknya berharap bantuan yang disediakan diharap mampu menyuntik semangat dan mencetus kejayaan lebih cemerlang kepada pelajar asnaf pada masa akan datang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan