AM > BERITA

Ulama Kedah Tuan Guru Haji Awang Lanai Meninggal Dunia

10/08/2024 09:48 PM

BALING, 10 Ogos (Bernama) -- Ulama Kedah, Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Awang Lanai meninggal dunia pada usia 86 tahun di rumahnya di Parit Panjang dekat sini, kira-kira 3 petang tadi.

 Hal itu dimaklumkan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Ahmad Yahya menerusi hantaran di Facebook.

"Telah kembali ke rahmatullah Tuan Guru Haji Awang Lanai sebentar tadi…semoga ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh…Al-Fatihah," katanya.

Menurut perkongsian itu, Allahyarham dilahirkan di Kampung Tupai, Sik, dan merupakan cahaya mata kepada pasangan Haji Hassan Saman dan Hajah Siti Halimah Mat Thoha.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Kampong Tupai sebelum menuntut ilmu agama di sekolah-sekolah pondok. 

Beliau telah membuka sekolah pondok Madrasah Tahzib an-Nufus.pada 1988.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan