AM > BERITA

KPT Tidak Pernah Abai Pendidikan Anak Orang Asli, Sedia Ruang Komuniti Itu Lanjutkan Pelajaran

12/08/2024 10:00 AM

GUA MUSANG, 12 Ogos (Bernama) — Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah mengabaikan pendidikan masyarakat anak Orang Asli, khususnya dalam pelbagai bidang di Pusat Pengajian Tinggi Awam (PPTA) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kementerian sentiasa menyediakan ruang dan peluang kepada anak komuniti Orang Asli untuk melanjutkan pengajian di PPTA dan dalam bidang TVET di seluruh negara.

Beliau berkata kadar kemasukan anak komuniti berkenaan ke pusat pengajian tinggi sentiasa meningkat setiap tahun.

“Seramai 482 anak Orang Asli yang tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia berjaya menerima surat tawaran melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di PPTA di seluruh negara.

“Pendidikan untuk masyarakat Orang Asli bermula seawal usia kanak-kanak dengan membuka kelas pendidikan prasekolah, tadika, sekolah rendah seterusnya sekolah menengah di kawasan berhampiran penempatan mereka bagi memastikan anak Orang Asli tidak tercicir dalam pendidikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zambry berkata komitmen kerajaan adalah untuk memastikan hak semua kaum, termasuk Orang Asli, untuk mendapatkan pendidikan yang baik pada peringkat menengah dan tinggi akan terus diperjuangkan tanpa mengira bangsa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan