AM > BERITA

JPJ Gempur LTAPP, Sembilan Kenderaan Diambil Tindakan Dalam Ops Ulat

12/08/2024 08:32 PM

GEORGE TOWN, 12 Ogos (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengambil tindakan ke atas sembilan buah kenderaan persendirian kerana menjalankan perkhidmatan melanggan penumpang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dekat sini.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan penguatkuasaan sita ke atas sembilan kenderaan itu dilakukan dalam Ops Ulat yang dijalankan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad lepas (10 dan 11 Ogos).

"Berdasarkan siasatan, pemandu-pemandu kenderaan itu mengambil pelancong tempatan sebagai penumpang dengan dikenakan kadar bayaran mengikut destinasi dituju.

"Pihak JPJ menasihatkan orang ramai  yang ingin menggunakan perkhidmatan kenderaan supaya menggunakan kenderaan awam yang sah dan berlesen supaya perjalanan lancar serta selamat ke destinasi dituju," katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu serta pemilik kenderaan persendirian yang melakukan kesalahan berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan