AM > BERITA

Mesyuarat SPR Berlangsung Bincang Urusan PRK DUN Mahkota

13/08/2024 10:51 AM

PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor sedang berlangsung di Menara SPR di sini.

Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun bermula 10 pagi itu, antaranya bagi menentukan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak.

SPR akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu.

Pada 4 Ogos, Ikmalrudin memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mengenai kekosongan luar jangka kerusi DUN Mahkota berikutan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos.

Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota Sharifah Azizah, 63, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon Barisan Nasional menang kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan