AM > BERITA

Agong Berkenan Terima Menghadap KSN Baharu

13/08/2024 03:41 PM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Negara hari ini.

Turut hadir bekas KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali, menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Mohd Zuki yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan