AM > BERITA

Kaunter Menara LHDN JB dibuka terhad berikutan kerja naik taraf

13/08/2024 09:25 PM

JOHOR BAHRU, 13 Ogos (Bernama) -- Kaunter Perkhidmatan Percukaian di Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor Bahru dibuka pada skala yang terhad berikutan kerja-kerja naik taraf bangunan hingga 31 Ogos ini.

LHDN menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kerja naik taraf itu akan menyebabkan ketidakselesaan, dan ruangan bagi urusan percukaian pembayar cukai yang disediakan tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang ramai seperti sebelum ini.

Justeru, LHDN menasihati pembayar cukai agar menggunakan e-Janji Temu menerusi portal LHDN atau menggunakan e-Perkhidmatan yang boleh diakses melalui gerbang portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my, atau ke pejabat LHDN berdekatan seperti UTC Galleria Johor Bahru, UTC Pasir Gudang, Pejabat Satelit Pontian dan Pejabat Satelit Kota Tinggi.

LHDN menjelaskan keselesaan serta keselamatan pekerja dan orang ramai yang berurusan di semua premis dan kaunter perkhidmatan yang disediakan sentiasa menjadi keutamaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklum balas diminta menghubungi Hasil Contact Centre melalui talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1000 (luar negara), HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas dalam Portal Rasmi HASiL https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan