AM > BERITA

Kementerian Komunikasi Terima Anugerah Agensi Terbaik Pelaksanaan MBJ 2023

14/08/2024 05:51 PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kementerian Komunikasi menerima Anugerah Agensi Terbaik Pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Persekutuan Tahun 2023.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata kementerian itu turut menerima sijil penghargaan bagi Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang berjaya melaksanakan mesyuarat MBJ mengikut bilangan dan tempoh ditetapkan pada tahun 2023.

“Tahniah kepada seluruh jawatankuasa MBJ Kementerian Komunikasi 2023 atas pencapaian yang membanggakan ini!” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penutupan Persidangan MBJ Peringkat Persekutuan dan Negeri Tahun 2024 yang dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Mohamad Fauzi turut menyarankan semua pihak terlibat untuk sama-sama mengoptimumkan platform MBJ sebagai medium strategik dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi bagi melonjakkan kecemerlangan kementerian secara keseluruhannya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan